Friday, November 5, 2010

RANCANGAN TENG MENJADI

Kami,pelajar-pelajar matrikulasi,
mengambil kesempatan cuti semester yang 
kurang 2 minggu untuk untuk digunakan sebaiknya.
Cuti yang singkat ini perlulah dimanfaatkkan
sebaik mungkin.Daripada duduk melangut di depan tv di rumah,
tidur siang dan malam,ber'facebook' hingga ke subuh,
lepak menghabiskan duit,adalah lebih baik masa yang terluang,
duit di poket digunakan untuk perkara-perkara yang
lebih berfaedah.

Dikesempatan ini,kami,merancang untuk pergi berkelah di sungai inki
yang telah dicadangkan oleh Ahmad Syahid Muhd Rahim(teng).

Teng merancang dengan teliti.Setelah membuat beberape kali
perbincangan,teng menetapkan aktiviti ini dilakukan
pada hari rabu 26 zulkaedah 1431 hijrah(3 november 2010).

Teng cuba mendapatkan kenderaan secukupnya dan mengajak seramai
yang mungkin untuk menjayakan aktiviti ini.Namun bilangannya tidaklah seramai
seperti yang dijangkan dek kerana ramai yang tidak mendapat
permit daripada ibubapa mereka.Teng juga resah gelisah
kerana terdapat beberape orang yang tidak dapat memastikan
kehadiran mereka.

Pada 26 zulkaedah 1431 hijrah,aktiviti ini dijalankan
seperti dalam yang dirancang.

26 zulkaedah 1431 hijrah (3 november 2010)

Dari Tanjung Karang hinggalah ke Bagan Nakhoda Omar,
singgah sebentar di sekinchan dan simpang lima.
Kami berkumpul di Petronas Sg Besar,
Tepat jam 10 pagi kami bertolak menuju ke destinasi kami,
Destinasi pertama KTM Kuala Kubu Baru.

Kanapa ke KTM KKB??
amik itu hot couple,awal ngan murn,
(hehe..)

Kami sampai di sana lebih kurang pukul 11.45 pagi.
Malangnye Awal dan Murn masih belum sampai di KTM.

Terpaksalah kami menunggu sehingga mereka sampai.


 berehat sebentar di masjid KKB
 
ngah tggu awal n murn kat KTM KKB

Akhirnya,pada pukul,,,
 

mereka pun sampai.


Seterusnya,kami terus menuju ke sungai inki.
 Selepas setengah jam 10 minit perjalan berserta persinggah di kedai
yang mengambil masa lebih kurang 30 minit,kami sampai di sg inki.

 jeman check suhu air

 ape lagi??mandi la..


Selepas lebih kurang 2 jam bermandi-manda,kami pun mengambil
keputusan untuk balik.

menunggu pihak pempuan


 Sebelum balik,kami singgah di Restoran Wangsar untuk makan.

nie jeman nye

Selepas selesai makan,kami pun menuju ke rumah murn.
Untuk apa??
Untuk hantar dia baliklah.


sah?? sah.sah..

Lebih kurang pukul 6 kami pun bertolak balek.Selepas
sejam perjalanan kami sampai di rumah
Jeman di Parit 8.Jeman selamat sampai ke rumah.
Perjalanan  diteruskan ke rumah masing-masing.

dah sampai rumah,penat2..
rancangan teng menjadi 

~ end ~

No comments: