Wednesday, October 27, 2010

KURANG 2 MINGGU

Setelah lebih kurang 6 bulan,kami pelajar-pelajar matrik telah
berjaya menghabiskan 1 semester di matrikulasi.
Setelah menempuh suka-duka di matrikulasi,
akhirnya semester 1 tinggal kenangan.

Tetapi,sebelum berakhirnya semester 1,
kami terpaksa menghadapi peperiksaan semester program matrikulasi (PSPM) 
untuk menyempurnakan perjuangan kami di matrikulasi ini.
Selepas seminggu lebih sikit berjuang berhadapan dengan 
kertas soalan yang agak kejam melancarkan soalan yang bertubi-tubi dan 
alhamdulillah kami berjaya  menangkis dengan 
jawapan-jawapan yang agak bernas di kertas jawapan.

Dengan berakhirnya PSPM,
maka secara rasminya berakhirlah semester 1 program matrikulasi.
Sehubungan dengan itu,bermulalah cuti semester untuk kami.

APA YANG KURANG 2 MINGGU ??

Cuti semester kami KURANG 2 MINGGU.
Cuti semester budak sekolah pun 2 minggu.Inikan cuti 
budak-budak universiti.Ipg ?? Same macam budak sekolah la kan ??
Dengan cuti yang KURANG 2 MINGGU,
akan kami manfaatkan sebaik mungkin tanpa melanggar hukum syarak 
ataupun undang-undang jalan raya.

Sekian,terima kasih dan assalamualaikum.

 buat bende yang berfaedah

"senyap ar dak yg cuti seminggu stngah je!!!! "

No comments: