Bila melihat bendera ini, teringat pula akan beberapa orang sahabat yang sedang bertapak dinegara timur tengah itu. perasaan bangga dan cemburu menguasai diri saat melihat rakan-rakan BATCH 18 SMKASL terus berjihad dengan gah disana. siapa ye kawan-kawan kita itu?
1-nur suhaira abd rahim
2-siti faiz asikin abdullah
3-nur khalilah ahmad zaki
4-MUHAMMAD BUSYOIRI NORRODIN
alfun mabruk wa maan najah kawan-kawan! ( ^_^ )
Mesir...negara ini juga ada nama gelaran iaitu ARDU KINANAH yang bermaksud bumi yang mempunyai seribu anak panah dengan maksud yang mendalam iaitu negara yang mempunyai banyak masjid dan dikenali sebagai gedung ilmu kerana disini terletaknya sebuah universiti tertua di dunia iaitu UNIVERSITI AL-AZHAR. Banyak sangat mercu tanda yang ada dekat mesir itu. Bagi siapa yang excited nak tahu apakah yang ada di Mesir itu,klik DI SINI.
BAIKLAH....
Kembali semula ke topik asal kita, tentang revolusi...hehe (macam ustaz Md. Nor la pulak, sampai setengah jam intro,..dah nak masuk isyak baru baca tajuk tazkirah.. =P )
OK..Revolusi Mesir yang berlaku sehingga tergoleknya sang diktator, Hosni Mubarak adalah berpunca daripada pembunuhan seorang pemuda, Khaled Said. Dia ni penuntut IT di Amerika Syarikat.Suatu hari beliau ditangkap oleh dua orang polis Mesir di sebuah 'cybercafe' di Mesir. Sebabnya adalah Khaled menyimpan satu pita rakaman yang menunjukkan polis sedang 'berurusan' dengan penyeludup dadah.
Takutlah polis Mesir kalau pita ini didedahkan kepada umum, maka beliau pun ditangkap. Khaled yang tidak puas hati dengan tangkapannya cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman dua polis tadi. Setelah itu apa lagi..dibantainya Khaled di situ juga sehingga mati bahkan dah mati pun terus dipukul dalam keadaan tangan beliau digari di belakang. Kepalanya dihentak di merata tempat sambil disaksikan oleh orang ramai. Akhirnya beliau disahkan meninggal di tempat kejadian.
gambarnya sebelum dan selepas dipukul polis
Pihak polis yang menyedari ketelanjuran mereka(dah buat baru nak sedar) akhirnya mengeluarkan satu 'statement' penuh dusta. Mereka mendakwa Khaled mati disebabkan menelan ganja berlebihan dan beliau ditahan kerana disyaki memiliki senjata api???!! Siap dengan pengesahan dari Unit Forensik dan hospital lagi untuk mengesahkan sebab kematian beliau yang didakwa menelan ganja itu.
suka hati je..haih
=.=''
Biasalah kerajaan..kuasa di tangan mereka, semua boleh dibuat.
Namun.... alhamdulillah berita sebenar tetap tersebar kerana peristiwa tadi turut disaksikan oleh orang awam. Merekalah yang telah menyebarkan berita sebenar dan turut mendedahkan gambar Khaled setelah dibelasah teruk.
Berita ini turut sampai kepada Wael Ghonim, pemuda berumur 30 tahun, anak kelahiran Mesir. Merupakan seorang Eksekutif Pemasaran Google Kawasan Timur Tengah dan tinggal di Dubai. Beliau marah dan geram dengan berita yang didengarnya itu lalu membuka satu akaun FACEBOOK dengan nama profil 'My name is Khaled Said'.
Wael Ghonim
Malangnya akaunnya ditutup oleh FACEBOOK tanpa sebab dan beliau membuka akaun baru dengan nama profil 'We are all Khaled Said'. Akaun ini kekal aktif hinggala kini dan akaun inilah yang telah mengumpul kekuatan pemuda Mesir untuk mengadakan revolusi.
Laman 'We are all Khaled Said' ini memaparkan gambar-gambar tragis Khaled Said dan berjaya mengumpul ratusan ribu ahli. Akhirnya beliau meminta cuti daripada Google untuk pulang ke Mesir atas alasan masalah peribadi.
Detik permulaan rancangan revolusi di Mesir bermula apabila revolusi Tunisia dicetuskan oleh seorang pemuda, Muhammad Bouazizi(penjual sayur je pun,hebat!)..bacela,bez..( ^_^ )... Maka Wael Ghonim pun mengajak seluruh rakyat Mesir keluar berdemonstrasi pada 25 Januari 2011(birthday salah seorang student mesir kita kat atas tu..haha) melalui laman FACEBOOKnya. Maka pada tarikh tersebut keluarlah beramai-ramai rakyat Mesir di jalanan mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Muhammad Bouazizi
Pada 27 Januari 2011 pula beliau(Wael Ghonim) dilaporkan hilang dan didapati telah ditahan polis Mesir. Namun setelah 11 hari ditahan, beliau dibebaskan atas desakan parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan. Pada hari yang sama, beliau dipanggil oleh sebuah stesen televisyen, Dream TV dan dalam rancangan televisyen tersebut, beliau memuji para demonstran dan menyebut nama-nama mereka yang gugur syahid dalam demonstrasi yang berlaku sambil menunjukkan gambar-gambar mereka(sungguh berani & bijak beliau merangsang semangat anak-anak buah).
Kemudian beliau bangun sambil diekori oleh kamera, beliau mengatakan yang pujian haruslah diberikan kepada para demostran dan menggelarkan rejim Mubarak sebagai sampah. Mengaku taat setia kepada Mesir dan dalam siaran lansung itu beliau berkata yang beliau tidak akan kembali ke Amerika Syarikat, tanah air isterinya tetapi sanggup mati di Mesir mengembalikan hak rakyat Mesir.
Akhirnya, mengambil peluang dirinya bersiaran lansung di depan TV beliau berkata, "saya ingin meminta maaf kepada ibubapa yang telah kehilangan anak dalam protes ini tetapi demi Tuhan, semuanya bukan salah kami tetapi salah mereka yang tidak mahu melepaskan kuasa."
tiada lagi sokongan rakyat!
Kemudian beliau kembali menyertai para demonstran di jalanan dan pada 9 Februari beliau berucap di hadapan para demonstran dengan berkata, "ini bukanlah masa untuk individu, parti-parti mahu pun gerakan-gerakan tetapi inilah masanya untuk kita semua berhimpun dalam satu nada dan suara yang sama: demi Mesir segalanya."
Dan pada 12 Februari 2011 Hosni Mubarak meletakkan jawatan bersamaan dengan tarikh syahidnya Imam Hassan Al-Banna, 12 Februari 1949. Adakah ini kebetulan?? Wallahu A'lam
alhamdulillah....
al-imam Hassan Al-Banna
Di Palestin pun sama, demonstrasi yang sedang berlaku sekarang, mendesak pimpinan Fatah dan Hamas bergabung turut digerakkan melalui FACEBOOK.
p/s: Eksekutif Google tu...PROFESIONAL ISLAM. Ni yang kita nak!! Patutlah ada ura-ura FACEBOOK nak tutup, Yahudi takut rupanya..
credit to:
http://arhamerican.blogspot.com
Alhamdulillah, terlaksana sudah cita-cita kita pada post lepas.. terima kasih Allah kerana masih mengurniakan nikmat nyawa, islam, iman, dan kesihatan juga 5pancaindera yang sgt besar penggunaannya. ( ^_^ )
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda: "Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya."
Diriwayatkan oleh Muslim dengan lafadz ini.
Semoga berjumpa lagi, Assalamualaikum..( ^_^ )
p/s : andai bulan ramadhan nanti kita organise satu majlis buka puase nak tak?hehe further discussion kt fb ea.. ;)