Thursday, July 7, 2011

FACEBOOK & REVOLUSI Mesir, ape kaitannye????



assalamualaikum 18th batch slissian.. ( ^_^ )
"FACEBOOK ciptaan Yahudi, BOIKOT!! Jangan pakai, HARAM!"


Hurm,itulah antara kata-kata kenalan-kenalan aku semasa berita mengenai pencipta FACEBOOK, Mark Zuckerberg seorang Yahudi tersebar dengan meluas satu masa dahulu.HUH??!! 

=.=''

Maka aku pada masa itu yang masih tidak mempunyai akaun FACEBOOK dan masih tidak pernah merasai keseronokan dan nikmat FACEBOOK turut bersikap anti-FB. Kebetulan juga pada masa itu, MILLATFACEBOOK baru dicipta, maka aku yang tidak mahu ketinggalan dalam dunia siber juga membuka akaun MILLATFACEBOOK, sebuah laman sosial 'parody' FACEBOOK tetapi dicipta oleh sekumpulan pakar IT Pakistan kerana marah dengan "Kempen Melukis Muka Nabi" di FACEBOOK.huhu..


Tetapi agak bosan,maklumlah tak ramai orang dan seorang budak sekolah aku pun tak ada. Maka kesunyianlah aku dekat MILLATFACEBOOK. Keseorangan..Sepi..Takde orang komen.. 


BOSANNYE!!!!!! 


(T_T)

Akhirnya..! pada satu hari ditakdirkan Allah aku terjumpa satu artikel oleh Ustaz Zaharuddin. Katanya adalah HARUS menggunakannya dengan huraian yang panjang lebar. BACA SINI.
ALHAMDULILLAH!!!


YEAY!!!

See??islam itu mudah kan...=)

Maka aku pun apa lagi, terus serta-merta membuka akaun FACEBOOK dan sehingga sekarang merupakan pengguna aktif laman ini.hehe..

Baru-baru ini aku dengar pula satu ceramah oleh seorang ustaz di kolej aku yang mengatakan sesungguhnya seorang ulama besar hadis dahulu pernah menyimpulkan hadis-hadis yang dia hafal berjumlah 700,000 hadis kepada


DUA KESIMPULAN SAHAJA:
Sesungguhnya Islam datang dengan tujuan MENARIK semua kebaikan kepada manusia.
Dan Islam datang dengan tujuan untuk MENOLAK segala keburukan daripada manusia.

Maksudnya... selagi sesuatu perkara di dunia ini, ia memberi kebaikan kepada kita, manusia, dan juga islam, maka gunalah ia. Tidak kiralah ia dicipta Yahudi, Kristian, Atheist atau selainnya.

Jadi semakin yakinlah aku dengan hukum menggunakan FACEBOOK ini...=)

Berbalik kepada tajuk 'post' aku, FACEBOOK & REVOLUSI Mesir, ape kaitannye????

Kisah benar di sebalik tajuk 'post' aku nih:









OUPSSS!!!!!!!

hehehehehehe.....

KORANG NAK TAU KER????

Sebagai warga SMKA SIMPANG LIMA, aku yakin korang dahagakan ilmu...=) 

tetapi......

cukuplah sampai disini sebagai permulaan kepada sesuatu yang lebih bermakna untuk blog tersayang ini...=)

semoga anda semua ghairah dalam menunggu....

FACEBOOK & REVOLUSI Mesir, ape kaitannye????(part 2) 


(^_^)









semoga kita berjumpa lagi untuk terus 


menyelongkar perkaitan ini..! =)

kawan-kawan,


kita merancang,Allah jua merancang.. 


ingatlah,


sebaik-baik perancang adalah ALLAH S.W.T

Assalamualaikum warahmatullah... ( ^_^ )

No comments: